News Ticker

Menu
Previous
Next

Catatan Terkini

Catatan Umrah

Catatan Pelancongan

Catatan Terpilih

Tempahan Hotel Online

Booking.com

Berita Terkini

Tips

Recent Posts

INSURANS INDEMNITI

Saturday, April 6, 2019 / No Comments
KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) mewajibkan insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans indemniti ke atas syarikat pengendali umrah sebagai penambahbaikan dalam syarat khusus Lesen Khas Umrah (LKU).

Insurans Indemniti ini disyaratkan untuk semua pemegang lesen ‘outbound’ termasuk umrah perlu diperolehi dengan nilai perlindungan RM100,000.00 setahun.

Ia bagi melindungi daripada segala bentuk kecemasan dan perkara tidak diingini termasuk jemaah terkandas akibat masalah kewangan serta penghantaran balik disebabkan masalah kesihatan.

Sebelum ini jemaah tidak sedar bahawa insurans perlindungan individu atau pukal yang dibeli tidak melindungi perkara seperti terkandas dan sebagainya sehingga musibah terbabit terjadi ke atas mereka.

Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pemegang Lesen Khas Umrah (LKU) bermuassasah menyediakan kepada semua jemaah umrah kelolaan kami dengan kedua-dua jenis perlindungan iaitu insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans indemniti ke atas syarikat secara PERCUMA. Kini anda tidak perlu risau lagi memikirkan tentang perlindungan diri dan keluarga kerana semuanya telah diuruskan oleh kami. Tumpukan pada amalan ibadah anda dengan tenang dan selesa.

Pilihlah pengelola umrah yang sah untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan umrah yang kini semakin bermaharaja lela.

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

ANDA HANYA PERLU... CLICK link whatsapp kami :
ATAU
Hubungi wakil kami di:
03 4296 2019 / 018 913 8878 / 016 383 0660 (HQ)
013 907 9598 (PAHANG)
013 920 7667 (KELANTAN)
018 947 4293 (P.PINANG)
011-5952 4523 / 011-1564 8856 (BANGI)
Untuk keterangan lanjut layari :
http://www.syazatravel.com.my

UPAH HAJI ATAU BADAL HAJI

Wednesday, November 7, 2018 / No Comments

Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu. Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi. Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci.
Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi. Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja, mereka sudah tidak lagi punyai kudrat atau masa untuk menjalankan ibadat Haji mahupun umrah. Kemudian mereka pergi menghadap Yang Esa, sebelum sempat mereka merasai kemanisan beribadat di Tanah Suci. Sebagai anak yang soleh atau solehah, kita perlulah memastikan kesejahteraan mereka di akhirat kelak. Dengan upah Haji, dapatlah kita membantu mereka untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima walaupun setelah mereka pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman. InsyaAllah. Daftarlah Upah Haji bersama Syaza Travel & Tours. Untuk pendaftaran, anda hanya bayar pendahuluan dahulu dan selebihnya akan dibayar sebelum Musim Haji bermula. Sebarang perubahan akan diberitahu dalam masa yang terdekat. ANDA HANYA PERLU... CLICK link whatsapp kami 👉 http://umrahtaif.wasap.my 👉 http://syaza.wasap.my ATAU Ketahui lebih lanjut melalui telefon di 03-4296 2019, 011-4001 6878 - KL (HQ) / 013-907 9598 - Pahang / 013-920 7667 - Kelantan / 018-947 4293 - Kedah. *tertakluk pada terma & syarat

PAKEJ UMRAH MUSIM SEJUK 2019

Tuesday, November 6, 2018 / No Comments

Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac. Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius. Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan. Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2019 Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah; PROMOSI TERHAD  PAKEJ UMRAH JANUARI-MAC 2019 PAKEJ BIASA RM5,790 PAKEJ SILVER RM5,990 PAKEJ GOLD RM6,590 Kami menawarkan dua pakej berbeza yang berbaloi: JARAK PENGINAPAN YANG DEKAT DENGAN MASJIDILHARAM  PENGALAMAN MENUNAIKAN UMRAH DI WAKTU YANG KURANG SESAK MUTAWWIF YANG MESRA DAN BERPENGALAMAN  PENGHABISAN SLOT TERHAD  Tarikh berlepas:  5 JAN 2019  19 JAN 2019  2 FEB 2019  19 FEB 2019  2 MAC 2019  16 MAC 2019  30 MAC 2019 Pelbagai cenderahati turut disertakan! Sertailah Syaza Travel & Tours dan bersama kita kecapi umrah yang maqbulah. Amin. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di:  http://umrahtaif.wasap.my  http://syaza.wasap.my atau HQ: 03 4296 2019 HP : 011 4001 6878 : 016 383 0660

CATATAN KEMBARA TURKI

Tuesday, March 6, 2018 / No Comments
Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊
Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini. Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini. Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius. Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade. Kemudian ke Ceramic centre. Melihat pinggan mangkuk yg cantik dan pelbagai corak. Lawatan diteruskan ke tmpt di mana Hot Air Balloon berjalan. Peserta group turkey tetap bersemangat walapun di hari 04 kami berada di negara Turkey 😊😊Terima kasih memilih Syaza Travel Tours Sdn Bhd. 😊😊

JELAJAH SEJARAH ISLAMIK DI NEGARA TURKI

Saturday, March 3, 2018 / No Comments
Mengembara ke negara Turki dan mempelajari serba sedikit sejarah tentang kehidupan di negara Turki. Antara tempat-tempat menarik yang kita boleh lihat & pelajari di Negara ini ialah:
Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)
- Masjid bersejarah di Istanbul dan bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Uthmaniyyah. Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya.
Hagia Sophia
- Dahulunya gereja, kini telah menjadi sebuah masjid yang sangat indah dan cantik. Bangunan ini menjadi masjid pada masa kekuasaan Kesultanan Uthmaniyah. Kemudian bangunan ini dibuka sebagai museum oleh Republik Turki.

Istana Topkapi (Topkapi Palace)
- Merupakan museum yang menyimpan segala sejarah dan warisan peninggalan Rasulullah serta barang-barang penting seperti Jubah, Al-Quran, Tapak Kaki, Senjata, Peti Emas dan sebagainya.
Bosphorus Cruise
- Ingin melihat Turki Eropah dan Turki Asia dalam satu masa? Dengan bosphorus cruise ini anda akan dpt melihat di mana selat yang memisahkan antara Turki Asia dan Turki Eropah. Sambil menaiki cruise juga, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dengan melihat burung bertebangan berdekatan cruise.

Hot Air Balloon
- Cappadocia di Turki sememangnya terkenal dengan hot air balloon atau belon udara panas. Pengalaman menaiki hot air baloon di sini pastinya sukar dilupakan di tambah lagi dengan menikmati pemandangan indah yang tidak sama jika melakukannya di tempat lain. Pengunjung juga boleh melihat keseluruhan bandar yang terdapat di Cappadocia dengan menaiki balloon ini.

Grand Bazaar
- Bazaar yang terkenal dan terletak di Istanbul kerana setiap pengunjung yang datang ke Istanbul akan pergi ke Bazaar ini kerana pelbagai jenis barangan jual di sini seperti Seramik, Turkish Delight, Cenderahati, Lampu & sebagainya. Bazaar ini mempunyai lebih kurang 4000 kedai di dalamnya.


Marilah mengembara Negara Turki bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Kami boleh membuatkan impian anda menjadi realiti untuk ke sana. Jangan risau! Dengan serendah RM4500 SAHAJA anda boleh ke Negara Turki.

Pakej kami termasuk :
Penginapan bertaraf 3* / 4*
Tiket penerbangan
Pengangkutan
Pemandu pelancong
Makan & Minum
Tiket Masuk Tempat Melancong

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

Friday, March 2, 2018 / No Comments
PASAR BARU TRADE CENTRE
Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center.
Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi. 
Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi yang terbaik jika ingin membeli dengan jumlah yang agak banyak.
Jika anda mahu membeli-belah di semua bahagian Pasar Baru ni, mahunya satu hari tidak cukup kerana ianya memang besar. Setelah puas dan bila perut dah rasa lapar, boleh sahaja makan tengahari di situ. Makanannya juga boleh tahan.

PASAR CIBADUYUT
Pasara Cibaduyut terkenal dengan barangan kasut , beg yang terdiri daripada kulit asli. Pasar Cibaduyut merupakan pusat membeli belah kasut yang terpanjang di dunia.
Pelbagai jenis kasut dan bag kulit yang di jual di sini. Paling menarik di Pasar Cibaduyut ini adalah pengunjung boleh menempah model atau reka bentuk khas mengikut kriteria dan citarasa anda sendiri.
Kualiti dan jenama barangan kulit asli di Pasar Cibaduyut tidak di nafikan lagi kerana peniaga-peniaga dari luar Negara juga memborong baragan di sini untuk di jual semula. Harga barangan di sini lebih murah berbanding  harga barangan di Malaysia menyebabkan ramai pengunjung peniaga datang membeli belah kasut dan bag kulit asli di sini. Oleh kerana, harga yang bersesuaian dengan kualiti kulit asli itu sendiri yang menarik perhatian pengunjung negara luar untuk datang ke Pasar Cibaduyut.

TOKO TIGA
Toko Tiga tentu sudah tidak asing di kalangan masyarakat Bandung sebagai pusat penjualan jins original atau asli. Setiap orang tentu berharap memiliki barang original, termasuk jins. Sayangnya, mayoritas produk original memiliki harga selangit, apalagi brand luar negeri. Akhirnya, memiliki jins original hanyalah angan-angan semu yang entah bisa terwujud atau tidak.Toko Tiga merupakan Pusat Penjualan Jeans yang original. Terdapat pelbagai jenama jeans di Toko Tiga. Jenama paling popular adalah jenama Levi’s .Selain daripada seluar jeans , pakaian sperti baju jeans juga terdapat dijual disini. Berkenaan harga pula boleh tawar manawar sama seperti di Pasar Baru Trade Centre.Keistimewaan shopping di Toko Tiga ialah pemotongan seluar jeans yang percuma  setiap pembelian di mana-mana kedai. Selain itu, anda juga akan dapat free gift seperti keychain daripada setiap kedai jeans yang anda shopping.
Anda ingin menikmati SYURGA SHOPPING di Bandung ? Syaza Travel sedia menguruskan jadual aktiviti harian anda di sana ! Boleh hubungi Tour Executive kami di 03-42962019

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Thursday, March 1, 2018 / No Comments
Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah : 
Hari pertama di Jakarta :
Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi. 
    Hari kedua di Jakarta :
    Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli belah.

      Mangga Dua Square
      Hari ketiga di Bandung :
      Destinasi seterusnya, Farmhouse Susu Lembang, Bandung. Taman Tema disini berkonsepkan Eropah. Di dalam Taman Tema ini terdapat mini zoo dan kafe. Disini kami menghabis kan masa selama 1 jam 30 min untuk menerokai keunikan tempat ini.  Kami memilih Hotel Pasar Baru ( 4*) untuk penginapan di Bandung kerana Hotel ini terletak di tempat startegik. Berdekat dengan tempat membeli belah iaitu Pasar Baru. Setelah penat berjalan, perut pun sudah berbunyi minta untuk diisi. Kami terus menuju ke Kampung Daun Culture Gallery & Café untuk makan tengah hari. Makanan disini sangat sedap dan kawasannya sangat mendamaikan. Jika sampai di Bandung, tidak lengkap kalau tidak makan ‘ikan terbang’ .
        Farmhouse Susu Lembang
        Suasana di Kampung Daun
        Hari keempat di Bandung :
        Seawal 9.50 pagi waktu Indonesia, kami bertolak ke Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Suasana di puncak sungguh meriah dengan kehadiran pelancong dan juga penjaja yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Udara ni sini agak sejuk. Jika dilihat dari atas akan terlihat kepulan asap dan kawah beruap menandakan ianya masih aktif. Jika mahu ke kaki kawah gunung berapi, pastikan mendaftar dan dapatkan khidmat pemandu pelancong.
        Tangkuban Perahu


        Hari kelima di Bandung :
        Selepas sarapan kami masih ada masa untuk berjalan jalan di Pasar Baru. Barangan disini sangat murah dan banyak pilihan. Kalau nak berniaga di Malaysia, Pasar Baru ini sesuai sangat untuk beli borong. Untung berganda jika jual di Malaysia . Kami sempat membeli ole ole untuk dibawa balik sebagai kenangan. Setelah itu, kami terus bergerak ke Lapangan Bandar Utara Husein Sastranegara Bandung. Tamat sudah percutian kami di Indonesia

          Pasar Baru Trade Center