News Ticker

Menu

Browsing "Older Posts"

JANGKITAN PENYAKIT MERS-COV

Monday, February 26, 2018 / No Comments
Terdapatnya beberapa kes jankitan disyaki Mers-Cov oleh jemaah yang pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi arahan kepada pihak ajensi untuk memberi peringatan kepada semua jemaah untuk mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada ketika berada di Tanah Suci untuk mengelakkan daripada dijangkiti oleh wabak tersebut.
  1. Maklumat Untuk Orang Awam Mengenai MERS-CoV
  2. Kenyataan Akhbar KPK – Kes MERS
Pihak tuan/puan boleh melayani Laman web Kementerian Kesihatan berikut untuk maklumat tentang penyakit tersebut di http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/178

UMRAH DISEMBER 2018 – TIPS

/ No Comments


Umrah Disember 2018 dijangka bermula pada hujung bulan November 2018 ini.  Ramai para jemaah akan mengikuti program perjalanan umrah yang akan berlangsung dalam keadaan cuaca cukup sejuk sehingga kadangkala mencapai suhu dibawah 10°c pada waktu malam dan dalam purata 20°c pada siang hari.
Keperluan yang perlu disediakan semasa menghadapi musim sejuk adalah  seperti berikut;
  1. Tuala ehram perlu dari jenis yang lebih tebal daripada biasa
  2. Baju sejuk atau jaket (tetapi bukan jenis yang dipakai untuk musim salji)
  3. Digalakkan memakai baju-T didalam jubah atau abaya untuk menghangatkan tubuh semasa memakai ehram (untuk wanita) atau berziarah disamping jaket disebelah luar.
  4. Sarung tangan dan stokin kaki. Untuk memudahkan mengambil wuduk pilihlah dari jenis mudah wuduk.
  5. Pengambilan suplimen Vit C tambahan adalah digalakkan untuk menguatkan daya tahan tubuh menghadapi virus selsema dan batuk yang mudah berjangkit dimusim sejuk (sila rujuk kepada doktor dahulu kepada jemaah yang mempunyai masalah kesihatan). Pilihlah dari jenis “tanpa asid” 500mg – 1000mg untuk mengelakan ketidakselesaan perut. Jika tidak suka dengan pengambilan suplimen boleh juga diamalkan meminum jus asli yang banyak mengandungi vit C seperti jus oren, mangga, strawberry dan lain-lain yang banyak terdapat di merata kedai disana.
  6. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan sering membasuh tangan. Gunakan sabun antiseptik atau hand sanitizer untuk mengelakkan jangkitan kuman merbahaya seperti MERS-CoV yang sedang melanda negara di Timur Tengah. Semasa didalam Ehram, wajib menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-Hajj.
  7. Disebabkan humiditi yang kering, sering terjadinya bibir dan tumit pecah (mungkin banyak berjalan atau melakukan ibadah umrah). Digalakkan menggunakan glos bibir dan balm tumit untuk mengatasi masalah tersebut. Semasa ehram diwajibkan menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-hajj.
  8. Bawa kaca mata gelap untuk melindungi mata dari sinaran matahari yang kuat dan menyilaukan kerana kurangnya terdapat awan yang menapisi cahaya matahari.
  9. Sentiasa menakai mask hidung jenis biasa atau NOSK untuk mengelakkan habuk atau penyebaran kuman atau virus.
  10. Banyak berdoa meminta Allah memelihara kesehatan dan keselamatan diri, ahli keluarga dan jemaah semua.
Sebahagian daripada barangan keperluan di atas boleh dibeli atau dipesan dari Galeri Hijranisa di HIJRANISA.COM














BARANGAN KELENGKAPAN UMRAH

/ No Comments
Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah barangan kelengkapan haji atau umrah yang perlu dibawa, jumlah barangan tersebut dan dimana untuk mendapatkan keperluan tersebut dan harga. Para jemaah boleh mendapatkan informasi tersebut di  laman web rakan strategik kami Hijranisa.com. Barangan boleh dipesan awal dan diambil semasa menghadiri kursus atau boleh diposkan kealamat kediaman masing-masing. Barangan Lelaki from Amran AJ on Vimeo. Barangan Wanita from Amran AJ on Vimeo. Barangan Am from Amran AJ on Vimeo. Barangan kelengkapan haji dan umrah dibawah boleh dijadikan rujukan untuk disediakan sebelum keberangkatan;    

PAKEJ UMRAH MUSIM SEJUK NOVEMBER DAN DISEMBER 2018

/ No Comments

Taif Kota Insan-insan Beriman

Tahukah anda…
Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika Baginda berkunjung ke Kota Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah? Namun, kini Kota Taif didiami oleh insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Terdapat pelbagai lokasi yang kaya dengan sejarah Islam di Kota Taif. Segalanya menanti anda di sana!
Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac.
Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius.
Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan.

Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2018

Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah;
  1. Umrah Biasa
    Umrah jenis biasa adalah sama seperti lain-lain umrah biasa didalam musim-musim lain seperti jenis hotel penginapan dan perkhidmatan lainnya. Perincian perihal pakej ini ada didalam laman web ini.
  2. Umrah Ziarah Taif (Hotel 5* Anjum)
    Umrah Ziarah Kota Taif merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif . Disamping itu pakej ini agak berprestej dimana hotel penginapan di Mekah adalah bertaraf lima bintang dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 50m sahaja.
  3. Umrah Ziarah Taif Biasa
    Umrah Ziarah Kota Taif Biasa merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif tetapi dengan jenis hotel penginapan biasa dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 450m.
Sertailah pakej Umrah Ziarah Taif bersama Syaza Travel & Tours untuk bulan Mac-April 2018!
Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,090*! termask 5% VAT

UMRAH CUTI SEKOLAH & RAMADHAN 2018

/ No Comments
Keistimewaan Umrah di Bulan Ramadhan
Pernah rasakan umrah awal Ramadhan?. Seperti kita ketahui bulan ramadhan adalah bulan yang penuh keistimewaan. Umrah di sana dapat merasakan nikmatnya berbuka puasa hingga solat malam. Di bulan ramadhan setiap amal baik yang kita kerjakan akan mendapat nilai yang lebih pahala istimewa dibandingkan dengan bulan lainya. Di antara amal-amal saleh yang dapat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan adalah umrah. Dalam kaitannya dengan keistimewaan hal itu, Rasulullah Saw pernah bersabda: فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً
“Umrah pada bulan Ramadhan itu menyamai haji.” (HR. Muslim no. 1256) Dan dalam riwayat yang lain disebutkan: “Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.”. (Muttafaq Alaihi). Dengan demikian, orang yang pergi ke Mekah untuk Umrah pada bulan Ramadhan, bagiannya pahala yang sama seperti haji. Hal itu merupakan bukti tentang besarnya pahala Ramadhan dengan tetap didasari konsep tentang tidak gugurnya kewajiban haji bagi orang yang telah wajib melaksanakannya.
Kita telah melangkah ditahun 2018 dengan cabaran yang lebih hebat dengan keadaan dunia yang serba tidak menentu. Kadang-kadang terfikir dibenak kita untuk melarikan diri dari kekusutan masalah yang menghambat diri dan jiwa kita. Pergi ketempat-tempat yang menenangkan jiwa dan minda kita adalah sesuatu tindakan yang betul untuk mengurangkan tekanan harian hidup kita. Lebih-lebih lagi jika tempat-tempat yang bakal dikunjungi menawarkan bukan sahaja kelegaan fizikal dan minda malahan mendekatkan kita dengan Allah sangat-sangat didambakan. Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah dimana kita ingin merapatkan diri dengan ahli keluarga yang sering berjauhan atau terabai diwaktu-waktu biasa dengan kesibukan kita mencari nafkah atau berjauhan disebabkan lokasi kerja atau sekolah anak-anak. Sesuatu kelainan cuti sekolah pada bulan mei dan Jun pada tahun ini jatuh pada awal ramadhan pula. Mungkin ini peluang keemasan kita dimana kita boleh menikmati keseronokan berpuasa dinegara orang bersama dengan ahli keluarga.
Kami pertontonkan suasana berpuasa semasa melakukan umrah dimana keseronokan dapat beribadah dibulan yang agung ini.
Pakej-pakej umrah semasa cuti sekolah dan ramadhan telah kami sediakan dengan tawaran harga yang sangat menarik.

Muassasah Mawaddah Intn’l Group Co

Sunday, February 25, 2018 / No Comments
Mawaddah Intn’l Group Co meupakan muassasah atau ground agen yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengendali visa umrah dan perkhidmatan lainnya seperti hotel dan pengangkutan.
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah memilih muassasah yang cekap, profesional dan kukuh untuk berkerjasama didalam pengendalian visa umrah dan perkhidmatan sokongan lainnya. Kerjasama yang telah terjalin sekian lama telah menghasilkan satu bentuk perkhidmatan yang cekap lagi profesional demi memberi menjayakan perjalanan umrah para jemaah yang selesa.

OUTSTANDING UMRAH AND HAJJ AWARD 2016

/ No Comments
Alhamdulillah, Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah dipilih untuk menerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy dengan kerjasama Kementerian Haji dan  Umrah Arab Saudi  dan UiTMara Malaysia. Mereka telah berkolobrasi dalam menganalisa dan menilai prestasi semua Agensi Pelancongan dan Operator Haji dan Umrah yang beroperasi di Malaysia untuk dipilih  sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Anugerahan telah disampaikan oleh yang Berbahagia Setiausaha Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memberi pelayanan yang lebih baik dan bermutu kepada semua pelanggan kami terutamanya para jemaah umrah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang telah diadakan pada malam 2hb November, bertempat di Dewan Banquet, Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur.

ISO 9001:2008

/ No Comments
Kepuasan  pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.
Alhamdulillah dengan penganugerahan Sijil Sistem Pengurusan Berkualiti (QMS) ISO 9001:2008 membuktikan iltizam kami untuk memastikan standard perkidmatan yang tinggi yang memenuhi citarasa dan kepuasan para pelanggan telah diberi pengiktirafan.

AGENSI PENGELUAR VISA UMRAH BERDAFTAR

/ No Comments
"Servis bagus tak?", "Hotel dekat ke?", "Ada lesen Umrah tak?" Dengan menggunakan perkhidmatan Syaza, anda tak perlu risau tentang soalan ini apabila anda pilih agensi kami untuk laksanakan Umrah. Inilah sebabnya kami berprestasi cemerlang! - Dianugerahi Sijil Sistem Pengurusan Berkualiti (QMS) ISO 9001:2008- Perkhidmatan Umrah juga mendapat liputan siaran di RTM - Kami adalah pengendali Umrah bermuassasah dan berlesen LKU - Kakitangan yang berpengalaman dan profesional
Kepuasan anda matlamat kami, kegembiraan anda tanggungjawab kami.
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd merupakan pengeluar visa yang sah yang berdaftar dengan Kementerian Haji Arab Saudi dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dibawah Muassasah Arab Saudi Mawaddah International Group for Hotel and Umrah Services.
Kami memproses visa umrah terus dengan kementerian Haji Arab Saudi dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur tanpa menggunakan orang tengah. Ini menjamin perolehan visa umrah mengikut jadual yang dikehendaki.
Alhamdulillah dengan izin dari Allah S.W.T, semua keperluan visa untuk tahun ini 2017 tidak menghadapi masalah disebabkan kuota kami sebagai pengeluar visa berdaftar yang sah mencukupi untuk menampung kesemua jemaah kelolaan kami.

Semak Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar

Semak Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)   
Semak Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Arab Saudi     
Semak Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)     
Semak Status Outbound di Portal Kementerian Pelancongan Malaysia     

Liputan TV1 di Taif

/ No Comments

Dengan perkhidmatan Umrah kami yang berkualiti dan komprehensif, agensi kami telah menerima pelbagai aungerah khususnya Sijil Sistem Pengurusan Berkualiti (QMS) ISO 9001:2008 serta “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy!
Oleh itu, kami amat berterima kasih kerana berpeluang terlibat dalam liputan TV1 supaya dapat berkongsi perkhidmatan kami dengan orang ramai.

Fadhilat Umrah Dibulan Ramadhan

/ No Comments
Terdapat pelbagai fadhilat melakukan ibadat umrah di dalam bulan Ramadhan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Melakukan ibadat umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadat haji."
Hadis Riwayat daripada Ibnu Abbas r.a.
Pada bulan Ramadhan yang mulia, ramai umat Islam akan berpusu-pusu ke Tanah Suci untuk mengambil kesempatan bagi mengerjakan umrah di Kota Mekah dan Madinah.
Rebutlah peluang ini dan sahutlah lambaian Kaabah yang setia menanti kunjungan anda!
Pakej Umrah di bulan Ramadhan bersama Syaza Travel & Tours menawarkan anda pengalaman merasai kemanisan menyambut bulan yang suci ini dengan serendah RM 7,590*!
Syaza Travel & Tours turut menawarkan penginapan di Hotel Anjum yang bertaraf 5 BINTANG. Dengan keselesaan yang terjamin, anda akan dapat menumpukan sepenuh perhatian anda terhadap amal ibadat ketika menjalani umrah di sana.
InsyaAllah.
Buat tempahan anda segera untuk menikmati umrah di bulan Ramadhan!
ANDA HANYA PERLU... CLICK link whatsapp kami