News Ticker

Menu

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah : 
Hari pertama di Jakarta :
Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi. 
    Hari kedua di Jakarta :
    Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli belah.

      Mangga Dua Square
      Hari ketiga di Bandung :
      Destinasi seterusnya, Farmhouse Susu Lembang, Bandung. Taman Tema disini berkonsepkan Eropah. Di dalam Taman Tema ini terdapat mini zoo dan kafe. Disini kami menghabis kan masa selama 1 jam 30 min untuk menerokai keunikan tempat ini.  Kami memilih Hotel Pasar Baru ( 4*) untuk penginapan di Bandung kerana Hotel ini terletak di tempat startegik. Berdekat dengan tempat membeli belah iaitu Pasar Baru. Setelah penat berjalan, perut pun sudah berbunyi minta untuk diisi. Kami terus menuju ke Kampung Daun Culture Gallery & Café untuk makan tengah hari. Makanan disini sangat sedap dan kawasannya sangat mendamaikan. Jika sampai di Bandung, tidak lengkap kalau tidak makan ‘ikan terbang’ .
        Farmhouse Susu Lembang
        Suasana di Kampung Daun
        Hari keempat di Bandung :
        Seawal 9.50 pagi waktu Indonesia, kami bertolak ke Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Suasana di puncak sungguh meriah dengan kehadiran pelancong dan juga penjaja yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Udara ni sini agak sejuk. Jika dilihat dari atas akan terlihat kepulan asap dan kawah beruap menandakan ianya masih aktif. Jika mahu ke kaki kawah gunung berapi, pastikan mendaftar dan dapatkan khidmat pemandu pelancong.
        Tangkuban Perahu


        Hari kelima di Bandung :
        Selepas sarapan kami masih ada masa untuk berjalan jalan di Pasar Baru. Barangan disini sangat murah dan banyak pilihan. Kalau nak berniaga di Malaysia, Pasar Baru ini sesuai sangat untuk beli borong. Untung berganda jika jual di Malaysia . Kami sempat membeli ole ole untuk dibawa balik sebagai kenangan. Setelah itu, kami terus bergerak ke Lapangan Bandar Utara Husein Sastranegara Bandung. Tamat sudah percutian kami di Indonesia

          Pasar Baru Trade Center

          Share This:

          Post Tags:

          Jillur Rahman

          I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

          No Comment to " PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M) "

          • To add an Emoticons Show Icons
          • To add code Use [pre]code here[/pre]
          • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
          • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM