VIENNA, AUSTRIA
Kota terkenal Vienna adalah merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Pengemar musik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna.
Kota Vienna  dipenuhi bangunan klasik ratusan tahun. Vienna telah beberapa kali menerima anugerah utama “Quality of Living” mengalahkan beratus bandar utama lain yang menyertai. Bandarnya bersih dan teratur sibuk dengan berbagai aktiviti. Semua kedai tutup pada hari Ahad jadi memang tidak banyak yang dapat kami beli melainkan sedikit cederahati dan berjalan-jalan melihat keindahan bandar Vienna.
Lawatan pertama yang dikunjungi di Vienna, Bandaraya Utama Austria, adalah lawatan  ke Istana  Schonbrunn yang bermakna ‘musim bunga yang indah’, salah satu mercu tanda kota itu dan taman bunga yang berdekatan.
Mengikut sejarahnya dataran ini dibina pada tahun 1569 oleh maharaja Holy Maximilian II. Maharaja berkenaan telah menjadikan kawasan ini sebagai destinasi rehatnya untuk memburu.
Di Vienna, sebuah istana iaitu Hofburg adalah mercu tanda yang memperlihatkan pengaruh dan kuasa dalam sejarah Eropah dan juga Austria termasuk dinasti Habsburg. Istana itu telah berkembang menjadi tempat kediaman, gereja muzium, pusat teater dan juga perpustakaan.
SALZBURG , AUSTRIA
Selain destinasi diatas, salah satu lokasi yang harus dikunjungi ialah bandar Salzburg. Perjalanan yang melalui kawasan pergunungan yang indah dan perkampungan yang cantik, sesuai dengan gelaran  ‘bandar muzik’ sebagai mengingati kehebatan ahli muzik legenda Mozart yang dilahirkan pada 27 Januari 1756.
Kehebatan Mozart terletak kepada bakatnya seawal usia tiga tahun apabila sudah mengenali muzik. Pada usia enam tahun dia sudah mampu menghasilkan gubahan muzik untuk dimainkan secara orkestra.
Populariti ciptaan Mozart itu membuatkan namanya diangkat serata dunia selain menjadi tema dalam festival muzik antarabangsa. 
Destinasi seterusnya adalah ke Switzerland untuk melawat kebandar-bandar menarik seperti Zurich, Montreux, Crans Montana, Lugano dan Lusern.
Lihat album foto perjalanan Austria – Switzerland