Montreux, Switzerland

Melancong ke Switzerland memang menarik walaupun hanya sekali, ia dapat memberi kenangan dan pengalaman bermakna kepada pengunjungnya. Negara Alpine itu juga tidak dinafikan dapat melapangkan fikiran kerana tarikan alam semula jadinya cukup cantik sekali serta mengagumkan, manakala udara sekitarnya bersih dan segar.

maps[1]

Keluasan negara itu lebih kurang 41,285 km persegi dan kira-kira dua pertiga daripadanya diliputi hutan, tasik serta gunung ganang. Antara bandar yang dikunjungi ialah Zurich, Montreux, Crans Montana, Lugano dan Lusern.  Setiap bandar berkenaan mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah jika industri pelancongan adalah sumber ketiga terbesar bagi tukaran asing negara itu selepas perusahaan mesin dan kimia.
Kami tinggalkan dahulu bandar Zurich yang serba moden tapi mendamaikan untuk menuju ke bandar peranginan Alps iaitu Crans Montana melalui bandar Montreux, sebuah bandar dipersisiran tasik Geneva yang cantik dan bersih yang serba serbinya elit dan mahal. Ini kerana destinasi terakhir adalah Zurich, untuk diterokai lebih terperinci lagi sebelum bertolak balik ke malaysia.
Kami singgah di Montreux, menikmati keindahan bandar itu.
Selain pemandangan banjaran Alps dan kawasan bukit bukau yang mempersona, panorama tasik yang cantik lagi bersih seperti di Montreux dan Geneva juga cukup mendamaikan. Kedua-dua bandar ini berkongsi tasik yang sama (Lake Geneva), cuma bezanya lokasi Montreux di hujung timur tasik dan Geneva pula terletak di hujung barat tasik.
Montreux dikatakan lebih mempesona berbanding dengan Geneva sebabkan pemandangan tasik yang berlatarbelakang kawasan pergunungan jelas kelihatan di Montreux tetapi berbeza dengan Geneva dimana hanya pemandangan tasik yang dapat dilihat walaupun berkongsi tasik sama.
Montreux terletak di tenggara Lausanne. Melewati bandar-bandar lain di tebing Tasik Geneva termasuk Vevey.
Pemandangan indah sepanjang Tasik Geneva
Montreux terkenal dengan Jazz Festival yang diadakan tiap-tiap tahun bulan Julai. Berada di Montreux rasa macam dalam filem, siap ada music background .
Dii Montreux, kanak-kanak berlari dengan bebas dan riang satu pemandangan sebegini yang sukar diperolehi di bandar-bandar kosmopolitan lain hatta di tempat kita bandaraya Kuala Lumpur, di KL nak lepaskan anak dari pegangan pun takut.
Sepetang di sana, satu kenangan yang sangat indah.
Perjalanan diteruskan ke tempat peranginan pergunungan tinggi Alp, Crans Montana, satu perjalanan yang mengecutkan perut kerana terpaksa melalui tebing-tebing tinggi lagi curam untuk sampai kepuncak gunung yang bersalji licin.
Lihat album foto perjalanan Austria – Switzerland