News Ticker

Menu

RAIKAN ROMANTIKA CINTA DI PULAU NAMI, KOREA SELATAN

Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi. Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran drama Winter Sonata ini.
   
 Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi.
Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun. Pulau ini sangat indah dengan pesona seperti lukisan alam yang mempesonakan
Pulau Nami telah dibangunkan pada tahun 1944 kerana banjir pembinaan Empangan Cheongpyeong. Pulau ini dinamakan sempena nama Jenderal Nami, yang meninggal pada usia 27/28 setelah dibunuh kerana dituduh melakukan pengkhianatan selama pemerintahan Raja Sejo, raja ketujuh Joseon Dynasty. Dia adalah seorang askar muda yang berani selama Dinasti Joseon yang ditekan rusuhan yang dipimpin oleh Lee Shi-Ae.
Dipuji kerana keberanianya ia dilantik menjadi Byeongjopanseo (Menteri Pertahanan Nasional). Pada tahun 1965, Byeong-Do Min, menyumbangkan dua ribu pohon ke pulau yang termasuk Cherry, Ginkgo, Redwood, Tulip, White Birch, dan White Pine.
Keajiaban jelas yang berlaku di Pulau Nami ialah suasana 4 musimnya. Ini bermakna kunjungan anda tidak akan pernah sama pada setiap musim yang berbeza.
Musim bunga menjanjikan anda keindahan bunga-bunga yang sedang berkembang, menyediakan panorama yang indah sekali, manakala jika anda melawat pada musim panas kehijauan pohon di Pulau Nami pasti menggamit keindahan.
Jika anda melawat semasa musim luruh anda akan mengalami suasana yang megah dan romantis. Dan juga tidak jauh berbeza apabila anda melawat pada musim sejuk dimana keindahan pulau ini menjadi sangat menarik persis babak-babak sebenar adengan romantis drama Winter Sonata.
Di Pulau Nami ini, para artis dari seluruh dunia menghimpunkan karya-karya mereka dan berkongsi rasa damai yang diterjemahkan dari keunikan pulau ini. Pulau ini juga merupakan tempat berlangsungnya acara-acara kebudayaan yang diadakan setiap minggu, menjadikannya daya penarik bagi pelancongan kebudayaan dan artistik di Korea ini.
Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini termasuk, berbasikal pada musim bunga, bersukan air pada musim panas, merakam foto-foto kenangan pada musim luruh dan bermain salji pada musim sejuk.
Di sini terdapat beberapa restoran jika anda ingin menjamu selera dan tempat solat yang selesa. Anda tidak perlu risau untuk menghabiskan masa lawatan sehari suntuk disini kerana terdapatnya banyak makanan yang enak lagi halal disamping boleh melaksanakan solat di sini. 
 Lihat album gambar semasa lawatan ke Korea Selatan. Artikel selanjutnya adalah lawatan tempat-tempat menarik sekitar Seoul.

Share This:

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " RAIKAN ROMANTIKA CINTA DI PULAU NAMI, KOREA SELATAN "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM